YBhg Dato’ Dr Tun H. Azam TSML Dato Haji Tun Hamzah.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera…
Sebagai pengenalan dalam era globalisasi dan maklumat hanya di hujung jari seolah-olah telah mengecilkan saiz dunia sebesar hanya sebuah kampung yang mampu dikunjungi setiap rumah di dalamnya. Begitulah analogi yang dapat diberikan tentang kecanggihan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) masa kini yang pesat berkembang saban tahun.
Oleh yang demikian, sebagai sebuah organisasi yang memulakan perniagaan sejak Tahun 1997 sehingga kini, Kenari Maluri Group tidak ketinggalan dalam menyediakan portal atau laman web yang dapat mendekatkan hubungan antara orang awam dan organisasi KMG. Penyediaan portal ini mengetengahkan perkhidmatan dan prestasi KMG untuk dunia luar dengan lebih mudah.
Kami membangun dengan capaian-capaian niaga kecil bermula di Daerah Kecil Kampong Gajah Perak hinggalah kini memperkembangkan jalinan perniagaan ke arah global dan glokal yang membawa kepada kemajuan sektor ekonomi dan sosial baik untuk Negeri Perak Darul Ridzuan amnya dan juga kepada Kerajaan Persekutuan yang mana ianya adalah lebih mementingkan rakyat dalam membantu Kerajaan mencapai matlamat menerusi sistem Kerjasama Awam Swasta yang dipraktikkan.
Selain dari menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan dan jalinan perniagaan kepada semua, khususnya konsep dan modul KMG dalam perniagaan di dalam dan luar Negara , pengurusan KMG sentiasa akur kepada konsep perundangan dalam perniagaan yang banyak dijadikan panduan dan titi kepada perniagaan yang mementingkan keutuhan ekonomi, sosial serta agama dan bukannya perniagaan untuk kepentingan keuntungan semata – mata.
Dengan Rahmat Allah serta keberkatanNYA kami melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Salam ikhlas dari ..
Dato’ Dr Tun Hasnul Azam TSML Perak D.R Dato Haji Tun Hamzah.,
Pengerusi & Presiden
Kenari Maluri Group